Rabu, 21 Januari 2009


Dabong terletak di hulu negeri kelantan iaitu kira kira 120km dari Kuala Krai dan 180km dari Kota Bharu.Keluasan kampung ini kira kira 75km persegi.Terdapat lebih kurang 1500 orang penduduk di kampung Dabong dan majoriti penduduknya adalah terdiri dari kaum melayu.Kegiatan ekonomi penduduk di sini bergantung pada pertanian dan bekerja sendiri.Terletak jauh dari bandar menjadikan perkampungan ini sangat bersih dan nyaman dengan di kelilingi hutan dan tumbuhan menghijau serta gunung ganang sungguh indah dan amat mendamaikan.
Untuk sampai ke kampung ini kita boleh memilih sama ada dengan menggunakan jalan raya atau jalan keretapi.Bagi yang ingin merasa pengalaman menaiki keretapi boleh menaiki keretapi di stesen stesen keretapi yang berdekatan.Dengan memilih keretapi selain dapat menjimatkan kos pengangkutan ia juga dapat menjamin keselamatan penumpang.Bagi anda yang berada di Kuala Lumpur misalnya anda boleh menaiki keretapi express dari Kl Sentral terus ke stesen Dabong dengan tambang sebanyak RM25 untuk tempat duduk biasa,RM35 untuk kelas Ekonomi dan RM65 untuk kelas satu atau tempat tidur.
Kampung Dabong sememangnya telah terkenal sebagai tempat perlancongan yang terkenal dikalangan pelancong sama ada dari dalam dan luar negara.Antara tempat yang menarik yang boleh di lawati seperti Gunung Stong dan Gua Ikan.Air Terjun Gunung Stong merupakan tempat yang sungguh menarik dengan ketinggian mencecah 1500 kaki dari aras laut menjadikannya sebagai air terjun yang tertinggi di asia Tenggara.Kawasannya yang kaya dengan flora dan fauna menjadikannya selain dari tempat perlancongan dan percutian ia juga menjadi tempat bahan kajian oleh pihak pihak yang berkaitan.


Isnin, 19 Januari 2009

KELAB KEUSAHAWANAN DI PPIK DABONG

Kelab keusawanan yang di tubuhkan di ppik dabong terdiri daripada golongan wanita yang menanggotainyaAntara usahawan wanita yang yang aktif ialah puan sakinah.Puan sakinah menjalankan perusahaan membuat barangan kraftangan yang di buat daripada kertas yang terpakai.Antara barangan yang dihasilkan oleh beliau seperti cederamata untuk tetamu pada majlis perkahwinan,bekas letak bunga,hiasan dinding bakul bayi dan sebagainya.Peranan ppik dabong sangat penting dalam membantu paun Sakinah dalam mengembangkan lagi perniagaan beliau.