Selasa, 24 Februari 2009

BAGUNAN PPIK DABONG


Pusat Perkhidmatan Ilmu dan Komuniti




Pusat Perkhidmatan Ilmu dan Komuniti Dabong(ppik) terletak didalam bangunan Perpustakaan Desa Dabong.Ianya menempatkan beberapa buah komputer dan sebuah mesin fotostat untuk kemudahan penduduk kampung Dabong.

Isnin, 23 Februari 2009

TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK DI DABONG

Gua Ikan antara produk perlancongan yang ada di kampung Dabong.Gua Ikan merupakan sebuah gua yang sehingga sekarang menjadi kunjungan ramai.Biarpun Gua ikan tidaklah sehebat Gunung Stong namun ia juga turut di kunjungi oleh pengunjung dari dalam dan luar negara.Mengikut cerita yang telah menjadi kepercayaan penduduk setempat,Gua Ikan memperolehi nama kerana pada masa dahulu di dalam Gua itu terdapat sungguh banyak ikan,sehinggakan mereka menamakan gua itu sebagai gua ikan.Oleh itu kekallah sampai sekarang nama gua ikan itu.Di samping gua ikan terdapat gua-gua kecil yang berdekatan dengan Gua Ikan ini.ianya seperti Gua Batu Keris,Gua Batu Pagar.
Mengikut cerita orang-orang lama yang tinggal berhampiran gua ini,di dalam gua ini menyimpan bermacam-macam khazanah purba seperti keris dan harta karun yang di jaga rapi oleh penunggu gua.Selain itu ada juga cerita yang mengatakan di dalam gua ini terdapat wali-wali yang menjaga gua.Buktinya pernah terjadi seorang yang berniat hendak mengambil harta karun tiba-tiba ternampak harimau yang sangat besar dan siap untuk menerkamnya di kawasan yan g di percayai terdapatnya harta karun itu.
Gua ikan terletak kira-kira 2km dari pekan Dabong.Terletak di laluan antara dabong dan Kuala Krai Gua Ikan sangat senang di kunjungi.Maka tidak hairanlah pada musim cuti sekolah kawasan ini sentiasa penuh dengan pelajar sekolah yang memenuhi aktiviti musim cuti sekolah seperti kem motivasi dan sebagainya.Antara kemudahan yang di sediakan di sini termasuklah kemudahan tapak perkhelahan,kemudahan tempat letak kereta,tandas awam dan sebagainya.Tiada sebarang masuk yang dikenakan oleh mana mana pihak untuk para pengunjung menikmati keindahan alam semulajadi ini.

Ahad, 22 Februari 2009


Jambatan kecil yang dibina melintasi anak sungai yang jernih


pemandangan dihadapan luar Gua Ikan yang dilindungi kehijauan tumbuhan menyegarkan saujana mata memandang



Plat tanda Gua Ikan yang membolehkan para pengunjung mengetahui serba sedikit tentang Gua Ikan

Sabtu, 21 Februari 2009

Gambar menarik Gunung Stong


Menara Tinjau yang dibina dicelah 2 batang pokok yang setinggi 20meter ini amat sesuai untuk mereka yang suka pada cabaran disamping dapat menikmati pemandangan yang menarik dari atas pokok.


Jambatan gantung yang merentasi anak sungai yang berbatu sungguh menarik perhatian para pengunjung.

Antara chalet yang disediakan oleh pihak pengurusan resort yang dibina berdekatan dengan air terjun.

photo menarik gunung stong


Air yang jernih dan barbatu sesuai untuk mandi manda.


Plat tanda Gunung Stong

Isnin, 16 Februari 2009