Selasa, 24 Februari 2009
Isnin, 23 Februari 2009
TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK DI DABONG
Gua Ikan antara produk perlancongan yang ada di kampung Dabong.Gua Ikan merupakan sebuah gua yang sehingga sekarang menjadi kunjungan ramai.Biarpun Gua ikan tidaklah sehebat Gunung Stong namun ia juga turut di kunjungi oleh pengunjung dari dalam dan luar negara.Mengikut cerita yang telah menjadi kepercayaan penduduk setempat,Gua Ikan memperolehi nama kerana pada masa dahulu di dalam Gua itu terdapat sungguh banyak ikan,sehinggakan mereka menamakan gua itu sebagai gua ikan.Oleh itu kekallah sampai sekarang nama gua ikan itu.Di samping gua ikan terdapat gua-gua kecil yang berdekatan dengan Gua Ikan ini.ianya seperti Gua Batu Keris,Gua Batu Pagar.
Mengikut cerita orang-orang lama yang tinggal berhampiran gua ini,di dalam gua ini menyimpan bermacam-macam khazanah purba seperti keris dan harta karun yang di jaga rapi oleh penunggu gua.Selain itu ada juga cerita yang mengatakan di dalam gua ini terdapat wali-wali yang menjaga gua.Buktinya pernah terjadi seorang yang berniat hendak mengambil harta karun tiba-tiba ternampak harimau yang sangat besar dan siap untuk menerkamnya di kawasan yan g di percayai terdapatnya harta karun itu.
Gua ikan terletak kira-kira 2km dari pekan Dabong.Terletak di laluan antara dabong dan Kuala Krai Gua Ikan sangat senang di kunjungi.Maka tidak hairanlah pada musim cuti sekolah kawasan ini sentiasa penuh dengan pelajar sekolah yang memenuhi aktiviti musim cuti sekolah seperti kem motivasi dan sebagainya.Antara kemudahan yang di sediakan di sini termasuklah kemudahan tapak perkhelahan,kemudahan tempat letak kereta,tandas awam dan sebagainya.Tiada sebarang masuk yang dikenakan oleh mana mana pihak untuk para pengunjung menikmati keindahan alam semulajadi ini.

Ahad, 22 Februari 2009
Sabtu, 21 Februari 2009
Gambar menarik Gunung Stong
Isnin, 16 Februari 2009
Ahad, 15 Februari 2009
Gunung Stong
Air Terjun Gunung Stong merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 1500 kaki dari aras laut dan di antara yang tercantik di Malaysia.Terletak di Hutan Simpan Gunung Stong Tengah dalam daerah Kuala Krai Selatan.Hutan Lipur ini menjadi tumpuan kerana khazanah semulajadi,flora dan fauna yang mempesonakan termasuk kewujudan bunga Raffesia yang jarang ditemui di semenanjing Malaysia .Empat puncak gunung yang utama iaitu puncak Gunung Ayam,Gunung Saji dan Gunung Tera, di sampingbpuncak Gunung Stong yang menjadi punca kepada Air Terjun Stong.Gunung Stong merupakan rangkkain gunung yang amat menarik untuk diterokai dan di tawan oleh para pendaki.Kedamaian dan keindahan alam semulajadi di sini akan memberika pengalam dan kenangan yang sukar dilupakan oleh pengunjung.
Rabu, 21 Januari 2009
Dabong terletak di hulu negeri kelantan iaitu kira kira 120km dari Kuala Krai dan 180km dari Kota Bharu.Keluasan kampung ini kira kira 75km persegi.Terdapat lebih kurang 1500 orang penduduk di kampung Dabong dan majoriti penduduknya adalah terdiri dari kaum melayu.Kegiatan ekonomi penduduk di sini bergantung pada pertanian dan bekerja sendiri.Terletak jauh dari bandar menjadikan perkampungan ini sangat bersih dan nyaman dengan di kelilingi hutan dan tumbuhan menghijau serta gunung ganang sungguh indah dan amat mendamaikan.
Untuk sampai ke kampung ini kita boleh memilih sama ada dengan menggunakan jalan raya atau jalan keretapi.Bagi yang ingin merasa pengalaman menaiki keretapi boleh menaiki keretapi di stesen stesen keretapi yang berdekatan.Dengan memilih keretapi selain dapat menjimatkan kos pengangkutan ia juga dapat menjamin keselamatan penumpang.Bagi anda yang berada di Kuala Lumpur misalnya anda boleh menaiki keretapi express dari Kl Sentral terus ke stesen Dabong dengan tambang sebanyak RM25 untuk tempat duduk biasa,RM35 untuk kelas Ekonomi dan RM65 untuk kelas satu atau tempat tidur.
Kampung Dabong sememangnya telah terkenal sebagai tempat perlancongan yang terkenal dikalangan pelancong sama ada dari dalam dan luar negara.Antara tempat yang menarik yang boleh di lawati seperti Gunung Stong dan Gua Ikan.Air Terjun Gunung Stong merupakan tempat yang sungguh menarik dengan ketinggian mencecah 1500 kaki dari aras laut menjadikannya sebagai air terjun yang tertinggi di asia Tenggara.Kawasannya yang kaya dengan flora dan fauna menjadikannya selain dari tempat perlancongan dan percutian ia juga menjadi tempat bahan kajian oleh pihak pihak yang berkaitan.

Isnin, 19 Januari 2009
KELAB KEUSAHAWANAN DI PPIK DABONG
Kelab keusawanan yang di tubuhkan di ppik dabong terdiri daripada golongan wanita yang menanggotainyaAntara usahawan wanita yang yang aktif ialah puan sakinah.Puan sakinah menjalankan perusahaan membuat barangan kraftangan yang di buat daripada kertas yang terpakai.Antara barangan yang dihasilkan oleh beliau seperti cederamata untuk tetamu pada majlis perkahwinan,bekas letak bunga,hiasan dinding bakul bayi dan sebagainya.Peranan ppik dabong sangat penting dalam membantu paun Sakinah dalam mengembangkan lagi perniagaan beliau.
Langgan:
Catatan (Atom)